Iecothinker

Kembara Mimpi: Mimpi Memberi Pendapat
“Siapa dapat jelaskan, apa kesan dan pengaruh media massa terhadap masyarakat?”

“Saya cuba jawab, cik…” Sambil mengangkat tangan.

“”Media merupakan medium yang memainkan peranan penting dalam usaha menyampaikan sesuatu mesej. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kesan yang pada saya perlu diambil perhatian serius untuk dibincangkan persama. Pertamanya, media masa mampu menjadi medium untuk membentuk pandangan alam seseorang dan bagaimana seseorang itu berfikir…” Kepala terus menyusun kata untuk berkongsi idea.

Tiba-tiba, tersentak..

Oh, saya bermimpi. Bukan realiti. Tapi cara saya berfikir adalah seperti biasa.

Pelik. Sampai begitu sekali mimpi saya.

Bila renung semula, saya rasa ia ada kaitan dengan cara hidup saya.

Jika dahulu, minda sentiasa terlatih untuk memberi pandangan dan idea. Sentiasa terlatih untuk berfikir dengan cepat. Tapi bila berada di alam pekerjaan, buat sementara waktu ini, saya sudah jarang berdiskusi tentang sesuatu isu. Masa yang ada setakat ini, hanya sempat untuk mentelaah beberapa muka surat buku pada setiap hari.

Mencabar betul. Tapi ini realiti yang sedang berlaku. Apapun, semaksima mungkin, saya cuba untuk menyusun dan mengatur masa sebaik mungkin pada setiap hari untuk dapatkan hasil yang maksima.

Saya cuba untuk berlegar sekitar ‘bulatan pengaruh’ supaya dapat dibesarkan bulatan tersebut dengan baik, tanpa ‘tercicir’. Amanah yang ada, saya cuba jaga sebaik mungkin disamping berusaha untuk melebarkan lagi cakupan rasa ‘ke-bertanggungjawab-an’ terhadap persekitaran atau dipanggil sebagai ‘bulatan prihatin’.

Mimpi tersebut memang memberi kesan untuk lebih cepat berfikir dan bertindak.

“Practice make perfect”

Tapi bila tidak berlatih, maka potensi yang ada boleh tumpul.

Bro. ALIFF BASRI

Ampang Jaya, Selangor.

Urus Wang Seperti Urus Perjalanan di Kuala Lumpur
Pentingnya merancang kewangan umpama pentingnya merancang perjalanan sewaktu berada di Kuala Lumpur.

Ini kesimpulan ringkas pada pagi ini. Apakan tidaknya, jikalau memandu di Kuala Lumpur, sebelum memulakan perjalanan, mestilah berusaha merancang perjalanan untuk sampai ke tempat yang hendak dituju. Imiginasi mesti kuat dan peta Kuala Lumpur mesti ada dalam kepala, barulah dapat merancang dengan elok.

Kuala Lumpur adalah bandar yang sangat sibuk, dipenuhi dengan flyover dan juga jalan yang bersimpang-siur. Jika tidak biasa, sesatlah jawabnya. Sebab itu, perlu merancang dengan baik, ke mana jalan yang hendak dilalui? Berapa banyak alternatif jalan yang ada? Mana tahu, jika ‘jem’, boleh guna jalan alternatif lain yang ada. Kemudian bagi setiap jalan alternatif, yang mana paling dekat dan paling jauh? Bukan apa, hidup di Kuala Lumpur ini amat berhubung-kait dengan masalah ketepatan masa. Jika jalan banyak kereta, alamatnya lambatlah sampai. Begitu juga sebaliknya.

Contohnya, dalam perancangan hendak ke KLCC dari Ampang, sepatutnya sekitar 15-20 minit, tapi disebabkan kemalangan di highway AKLEH, perjalanan menjadi 2 jam. Dan boleh berlaku juga peristiwa hujan lebat, yang menyebabkan kereta-kereta bergerak perlahan kerana jalan tidak jelas.

Oh, boleh jadi juga, ada dalam kalangan rakan sekerja yang hendak ke suatu tempatyang sama dengan tujuan kita, maka kita minta tolong mereka menhantar barang yang hendak kita hantar. Dengan cara ini, dapat menjimatkan kos dan dapat digunakan ditempat yang lain.

Walau bagaimanapun, bukan masalah jalan dan kereta yang hendak saya kongsikan, tapi ia berkenaan dengan proses MERANCANG. Ini kata kunci yang perlu di-highlight-kan.  Iaitu merancang kewangan peribadi.

Secara umumnya, tidak ramai yang mengetahui kepentingan merancang dan mengurus kewangan. Jika ramai yang tahu kepentingannya sekalipun, tapi masih tidak ramai tahu cara-cara merancang. Pendek kata, ilmu dalam merancang kewangan. Kerana itu, saya umpamakan proses perancang dan mengurus kewangan ini, sama juga dengan proses merancang dan mengurus perjalanan di Kuala Lumpur yang sangat sibuk.

Dan sebenarnya, merancang dan mengurus kewangan adlah lebih ’sibuk’, lebih penting dan lebih genting daripada merancang dan mengurus perjalanan. Kerana jika sesat jalan atau tersasar jalan di Kuala Lumpur, maka memerlukan sedikit masa lagi untuk memperbaikinya agar sampai ke dstinasi yang hendak dituju. Tapi dalam aspek kewangan, jika terlepas pandang dan memandang remeh, isu ini boleh membawa kepada kesan negatif dalam kehidupan masa hadapan kelak. Tidak kira, jika hidup panjang atau tidak.

Saya ingin berkongsi dengan sahabat pembaca tentang panduan merancang kewangan. Seperti yang dihuraikan oleh Hajah Rohani dalam bukunya, Cukup Wang Hati Tenang, melalui formula atau teori Kubah Kehidupan, beliau menggariskan apa yang perlu diutamakan dan mesti diselesaikan menggunakan pendapatan yang dimiliki, iaitu merangkumi 7P, seperti berikut:

1) Pendapatan-Perbelanjaan

2) Pengurusan Hutang

3) Penyucian Harta

4) Perlindungan

5) Pelaburan

6) Persaraan

7) Pengagihan Harta

7P ini disusun mengikut keutamaan dalam melalui kehidupan sebagai seorang hamba dan khalifah dimuka bumi Allah swt. Asas bagi semua ini ialah pendapatan yang halal lagi baik (halalan toyyibah). Rezeki sedemikian rupa pula diperolehi dengan menjadikan iman dan taqwa sebagai asas pencarian rezeki.

Tahukah anda, kekurangan maklumat adalah penghalang nombor satu mencapai kekayaan? Perkataan ini saya ambil dari website Rich Dad.

Ada benarnya perkara ini. Dan ini juga dipengaruhi oleh kebiasaan negatif atau sikap individu itu sendiri yang memandang sambil lewa bab-bab merancang dan mengurus kewangan ini.

Jangan sahabat-sahabat salah anggap. Apabila saya berkongsi perihal kewangan ini, saya hanya akan membincangkan ia dari sudut pandang-alam Islam yang menekankan konsep harta sebagai amanah dan ia hanya alat, bukannya matlamat.

Apabila demikian sifatnya, maka perancangan adalah perlu, sebagai suatu usaha untuk memastikan tercapainya matlamat yang digariskan sebelum ini. Dan pada hari ini, banyak jalan dan ruang yang boleh dilalui untuk memastikan sesuatu hasrat pengurusan kewangan itu tercapai. Dengan syarat, cukup maklumat untuk digunakan bagi memastikan sesuatu perancangan kewangan dapat mencapai objektif yang dikehendaki, berlandaskan syariah!

Di sini, saya ingin kongsikan dengan sahabat pembaca, tentang cara-cara merancang kewangan, yang diberikan oleh AKPK, agar dapat dijadikan panduan kepada semua.

Apa itu Bajet?

Bajet hanyalah satu pelan perbelanjaan anda (ha, seronok bukan?). Ya, kebanyakan kita suka berbelanja tetapi tidak ramai yang dapat mengawal perbelanjaan mereka. Bajet adalah satu cara untuk mengimbangi duit yang anda miliki dengan duit yang anda belanjakan. Anda membuat satu perancangan dengan membuat pilihan. Anda putuskan pada apa yang anda akan belanjakan, berapa banyak yang akan dibelanjakan dan berapa banyak yang anda akan simpan.

Pelan anda berdasarkan pada pendapatan dan perbelanjaan. Pendapatan ialah duit yang masuk ke dalam poket anda. Perbelanjaan ialah perkara yang mengambil duit dari poket anda. Oleh kerana pendapatan setiap orang berbeza, pelan anda perlu padan dengan situasi anda (atau poket anda!). Bajet anda diasaskan kepada Matlamat, Keperluan dan Kehendak.

Mari kita lihat beberapa contoh:

MATLAMAT

KEPERLUAN

KEHENDAK

Memiliki sebuah KeretaMemiliki sebuah RumahBerkahwin

Perniagaan sendiri

Memberikan pendidikan yang baik untuk anak

Pencen dengan selesa

Bersedekah

Rumah jemaah*

Makan MinumTempat TinggalPakaian

Masa berkualiti dengan keluarga

Kereta/Motosikal

Telefon mudah alih

Komputer

Tabung kebajikan ahli*

Makan malam yang mewahBanglo seperti-rumah peranginanPakaian mahal berjenama

Percutian mahal

Kereta mewah

Telefon canggih yang terkini

Komputer yang tercanggih

Dan lain-lain lagi…

Seperti yang anda boleh lihat di atas, kadang kala sukar untuk membezakan antara Keperluan dan Kehendak. Semakin lama, keperluan asas kita mungkin berkembang lebih daripada makan dan minum, tempat tinggal dan pakaian. Seorang juru jual mungkin akan melakukan kerjanya dengan lebih efektif dengan sebuah kereta (melainkan sistem pengangkutan awam kita amat efisien!). Pada zaman IT masa kini, telefon mudah alih adalah praktikal dan penting (malah murid sekolah juga berpendapat begitu!), begitu juga dengan komputer. Namun, terdapat kereta yang berharga RM30,000+, sementara ada juga yang RM300,000+; telefon mudah alih yang berharga RM100+ dan yang lain berharga RM1,000+ dan komputer yang berharga RM1,000+, sementara yang lain sehingga RM10,000+!

Kita cuma Perlu beberapa perkara tetapi Kehendak kita tiada penghujungnya! Sukarkah untuk membezakannya sekarang???

Mengapa Saya Perlu Ada Bajet?

Sesiapa yang ada pendapatan dan perbelanjaan, perlukan bajet. Perancangan boleh membantu anda menggunakan duit untuk mencapai matlamat anda. Anda boleh mempelajari dan melatih kemahiran yang diperlukan untuk membuat bajet. Pelan kewangan ini akan membantu anda mengawal kewangan anda. Anda dapat mengelak daripada masalah kewangan dan capai matlamat anda dengan lebih mudah.

Bagaimana Saya Boleh Mula Buat Bajet?

Untuk membuat satu perancangan kewangan, senaraikan Pendapatan dan Perbelanjaan Tetap anda, iaitu perbelanjaan yang tidak berubah dari bulan ke bulan, seperti sewa rumah, ansuran rumah dan kereta atau premium insuran. Perbelanjaan yang lain adalah Pemboleh Ubah, iaitu berubah-ubah dari bulan ke bulan, seperti bil air dan elektrik, pakaian atau hiburan.

Kemudian, anda perlu tahu bagaimana anda membelanjakan duit anda sekarang. Anda boleh buat begini dengan menulis apa yang anda beli dan berapa yang anda belanjakan. Ini akan mengambil masa dan usaha tetapi ia bermanafaat kerana, ia akan membantu anda melihat ke mana anda membelanjakan duit anda. Jangan terlalu terkejut dengan apa yang anda pelajari tentang diri anda dan duit anda!

Untuk 30 hari seterusnya, setiap kali anda berbelanja, catatkannya dalam buku perancangan (gunakan Excel spreadsheet, jika anda pandai teknologi), berapa yang anda belanja dan ke mana anda membelanjanya. Apabila anda membayar bil, mengisi minyak kenderaan, pergi menonton wayang, bersedekah/membayar zakat, malah membeli nasi lemak kegemaran anda daripada gerai makcik depan rumah anda, semuanya perlu dicatat.

Di hujung bulan, gunakan kalkulator untuk jumlahkan setiap kolum di bawah carta agar dapat lihat berapa banyak duit yang anda telah belanjakan dalam setiap kolum. Kemudian, jumlahkan semua kolum untuk melihat berapa banyak duit yang anda belanjakan dalam sebulan secara purata. Babitkan anak-anak anda juga kerana latihan ini bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran matematik mereka tetapi, ia juga mendedahkan kepada mereka tentang konsep berbajet (namun satu amaran: mereka akan tahu bila masa yang terbaik untuk meminta permainan baru mereka!).

Bagaimana Saya Hendak Memutuskan Di Mana Untuk Berbelanja?

Dengan melihat semula spreadsheet/carta anda yang sudah siap, anda dapat melihat ke mana duit anda dibelanjakan. Membincangkan carta anda dengan kauselor atau dengan seorang yang anda kenal, yang mengurus duit dengan baik, adalah tindakan yang bijak.

Sebahagian besar duit anda digunakan untuk keperluan asas seperti makanan, rumah dan pakaian. Semua ini adalah keperluan dan anda akan sentiasa membelanjakan duit padanya untuk hidup tetapi anda boleh memilih berapa banyak yang perlu dibelanjakan. Perbelanjaan lain mungkin termasuk, membeli pakaian baru, pinggan mangkuk baru atau permainan baru untuk anak-anak anda. Ini pula adalah kehendak. Walaupun anda mungkin gemar membelanjakan duit cara ini, sebenarnya anda boleh hidup tanpanya.

Soalan berikut mungkin dapat membantu anda membuat keputusan tentang perkara yang perlu dilakukan:

Perbelanjaan manakah yang tidak boleh dipotong?

Berapakah perbelanjaan minimum yang saya perlukan untuk hidup?

Perbelanjaan yang mana satu ialah Keperluan dan yang mana satu ialah Kehendak?

Apakah yang akan berlaku jika saya menangguhkan beberapa perbelanjaan?

Bolehkah saya membeli barang pengganti yang lebih murah?

Sekarang, setelah anda mengkaji carta anda dan membincangkan soalan di atas, anda sudah bersedia untuk membuat bajet peribadi anda. Catatkan berapa banyak duit yang anda perlukan untuk setiap jenis perbelanjaan dalam sebulan. Sebagai contoh: RM300 untuk makan minum, RM100 untuk pengangkutan, RM50 untuk simpanan dan sebagainya.

Cuba tetapkan matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang. Sebagai contoh matlamat jangka pendek: hadkan duit untuk makan minum kepada RM10 sehari, naik bas/LRT daripada memandu ke tempat kerja dan baca surat akhbar (jiran anda) untuk mencari hiburan keluarga secara percuma. Contoh matlamat jangka panjang: simpan RM1,000 untuk membeli peti sejuk baru (model yang jimat tenaga dan mesra alam adalah ideal!), melangsaikan hutang atau mungkin berpindah ke kawasan perumahan baru (atau setengah orang mungkin berkata, balik kampung!)

Bagaimana Saya Dapat Mematuhi Bajet?

Ini adalah bahagian yang mencabar! Ia akan memerlukan latihan dan disiplin diri untuk mematuhi bajet anda. Hanya anda seorang saja yang boleh mematuhi perancangan anda. Di sini ada beberapa cadangan yang boleh membantu anda terus mematahi bajet anda:

Bayar bil yang diperlukan terlebih dahulu. Jika boleh, cuba aturkan supaya bil-bil anda tidak perlu dibayar serentak pada hari yang sama.

Simpan duit setiap bulan, tidak kira berapa jumlahnya. Anda cuma mahu jadikan ia tabiat.

Buat satu senarai sebelum anda pergi membeli-belah. Semasa anda membeli-belah, ingat perbezaan antara keperluan dan kehendak.

Buat perancangan terlebih dahulu dan beli barangan ketika ada jualan murah. Membeli-belah di kedai diskaun dan pasar lambak. Kongsi barangan yang boleh digunakan semula dengan keluarga dan rakan.

Jauhi daripada kedai atau tempat yang membazirkan duit anda!

Pelajari cara-cara menyimpan duit daripada keluarga dan rakan, dan patuhi satu pelan.

Rekodkan apa yang anda belanja dan berapa perbelanjaan anda. Jadikannya mudah dan senang untuk dibuat. (Tip: mungkin “buku kecil 555” amat berguna!)

Bandingkan rekod ini dengan perancangan kewangan yang anda telah tulis supaya anda boleh lihat jika anda telah mematuhinya.

Bilakah Perlu Saya Ubah Bajet Saya?

Jangan panik atau kecewa jika anda tidak dapat mengikut bajet anda sepenuhnya. Ia mengambil masa dan memerlukan latihan untuk mengubah sebarang tingkah-laku, lebih-lebih lagi tabiat berbelanja! Anda mungkin perlu mengubah bajet anda mengikut perubahan keperluan anda dan keluarga anda. Jika pendapatan anda bertambah atau berkurangan, anda perlu mengubahnya. Yang penting anda mempunyai satu pelan dan anda dapat mengurus kewangan anda.

Akhir sekali, sentiasa ingat untuk “Mengamalkan Pengurusan Kewangan Berhemah Sebagai  Budaya Hidup”

SUmber: http://www.akpk.org.my/

Artikel di atas saya ambil dari website Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit. Agensi ini ditubuhkan sebagai usaha untuk memberi pendidikan kewangan kepada rakyat Malaysia agar tidak melakukan kesilapan dalam mengurusakan kewangan  dan kekayaan peribadi. Jika tidak, buruk kesannya.

Begitu juga peranan Hijrah Wealth Management, yang memberi khidmat nasihat kewangan kepada rakyat Malaysia, khususnya Muslim.

Masih ramai umat Islam yang tidak dapat merancang kewangan dengan baik, menyebaban mereka terjebak dengan dosa besar seperti riba (untuk dapat untung banyak). Sedangkan pada masa kini, sudah banyak institusi kewangan yang mengaplikasikan sistem kewangan Islam. Ia bukan lagi satu alternatif, tetapi ia adalah SATU KEWAJIPAN kepada Muslim untuk berhijrah dari sistem konvensional yang berteraskan riba, kepada sistem kewangan Islam yang bebas riba.

Tentang artikel yang saya kongsikan itu, ia hanya permulaan kepada perjalanan menuju ke arah matlamat kewangan yang hendak dicapai. Dari semasa ke semasa, insyaALlah, saya kongsikan bersama secara detail, apa yang boleh dilakukan untuk memastikan wang atau harta yang kita miliki, walau 10 sen sekalipun, dapat memberi makna yang besar dalam kehidupan kita.

Itu sahaja setakat ini. Sekadar perkongsian.

Wallahu ‘alam.

*Ini adalah tambahan dari saya.

Bro. ALIFF BASRI

Ampang Jaya, Selangor.

Perbincangan Ketika Sarapan Pagi
Saya perlu buka semula buku 7 Habits karya Stephen R. Covey.

Ini kesimpulan saya pada pagi tadi selepas solat Subuh. Lalu naskah 7 Habits saya buka sehelai demi sehelai, untuk menimba sedikit buah hikmah yang boleh ditimba dari beliau.

Dan pagi ini, saya akan mengikuti Kak Su untuk berjumpa dengan client beliau. Semoga pagi ini saya mendapat sesuatu secara teori dan juga praktikal, melalui buku dan juga pengalaman diri.

Oh ya, pagi tadi ketika bersarapan, saya dan pak cik berdiskusi tentang Dr. Asri yang ditangkap JAIS. Secara jujurnya saya berpandangan untuk tunggu, lihat sambil mengkaji. Tiada keputusan untuk saya ‘judge’ tentang apa yang telah berlaku pada Dr. ASri. Apa pun, jauh di sudut hati, saya tidak bersetuju dengan tindakan JAIS menangkap Dr. Asri yang sehingga kini, tiada sebarang pertuduhan dibuat, lalu dilepaskan dengan bon.

Zahirnya seolah-olah berlaku ketidak-sediaan JAIS mengendalikan kes ini juga berpotensi memberikan konotasi negatif persepsi masyarakat biasa di luar sana terhadap pihak JAIS.

Jika ditanya pandangan saya terhadap Dr. Asri, saya akan menjawab:

Jangan sangka apabila seseorang itu membawa kebenaran dari sudut yang berbeza seperti cara kebiasaan yang kita perolehi, kita katakan ia adalah sesat. Zaman berubah maka pendekatan juga berberubah, tetapi asas, usul, pokok dan prinsipnya adalah sama. Walau bagaimanapun, saya melihat Dr. Asri sedang merubah suatu keadaan di mana suatu amalan yang menjadi kebiasaan, yang dalilnya tidak diketahui sangat oleh ahli masyarakat, maka perlu diperjelaskan dan disesuaikan dengan keadan semasa, tanpa mengorbankan prinsip asas. Tetapi, satu pihak lain melihat, pendekatan beliau seolah-olah ‘memperlekehkan’ atau menghina ulamak muktabar dan pendapat-pendapat mereka.

Ini pandangan saya, berpandukan kepada tulisan-tulisan Dr. Asri di blog beliau dan juga ke atas beberapa video beliau. Juga hasil perbincangan dengan sahabat yang menyokong agenda yang dibawa oleh Dr. Asri.

Mahu Bukti? Pergi cari di blog beliau.

Wallahu ‘alam.

Bro. Aliff Basri

HIJRAH WEALTH MANAGEMENT, Taman Sri Ukay.

‘Culture Shock’ & Pengalaman Berguru
“Culture Shock”

Perkara ini yang sedang berlaku pada diri saya selama saya berada di Kuala Lumpur. Pada mulanya saya tidak menjangkakan akan berlaku perubahan yang besar, tapi hakikatnya, dengan kondisi menginap di rumah saudara terdekat, saya mengalami masalah penyesuaian diri yang sedikit merumitkan.

Pengurusan diri untuk mengatur masa sebaiknya, menjadi kacau-bilau dalam seminggu pertama ini. Ruang masa menjadi sempit dan tidak teratur dan juga momentum untuk menulis juga berkurangan.

Sebenarnya banyak yang ingin saya kongsikan dengan pembaca, tetapi disebabkan kekangan masa dan suasana, saya tidak dapat memberi fokus menulis dengan baik. Kesannya, setiap kali hendak menulis, saya akan memadamnya semula.

Tasawwuf

Selain daripada itu, setakat seminggu berada di sini, saya mengikuti pengajian Syeikh Fuad Kamaludin al-Maliki, seorang Tok Guru Pondok di Negeri Sembilan. Dengan beliau, saya mula mengenali ilmu tasawwuf secara mendalam, dengan lebih serius. Syarah Hikam, Syeikh Ibnu ‘Atho’illah, menjadi kitab syarah beliau kepada anak-anak muridnya. Selain daripada kitab muktabar tersebut, ada lagi beberapa kitab seperti ’I'tiqad Ahli Sunnah wal-Jamaah,dan Kefahaman Yang Wajib Diperbetulkan.

Nikmat belajar berguru sangat memberi kesan pada jiwa saya. Sudah lama saya inginkan suasana dan pengalaman sebegini. Dan alhamdulillah, Allah beri saya peluang mengikutinya di sini. Saya akui, selama mengikuti setiap pengajian Syeikh, ada beberapa perkara yang sedikit bertentangan dengan pandangan dan cara saya berfikir.

Membuatkan saya sedikit tidak selesa. Saya sendiri tidak tahu sama ada ia merupakan kesan khas untuk mengubah cara berfikir saya yang mungkin sedikit songsang selama ini, lalu memerlukan sedikit masa lagi untuk memperbetulkan atau pun pendirian saya itu merupakan pendirian yang benar, melalui pengalaman cetek yang saya perolehi sebelum ini.

InsyaAllah, sedikit masa lagi, moga Allah tunjukkan kepada saya jalan yang seharusnya saya ikut.

Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya, saya banyak belajar perkara yang baru. Pengalaman yang sangat indah berada dalam pengajian seorang guru yang pada saya seorang bergelar Murobbi. Keluasan ilmunya sangat menginsafkan. Boleh dibayangkan, dalam setiap kali mengajian, selama sejam lima belas minit, beliau menghuraikan sekitar 2 perenggan yang setiap perenggannya ialah sekitar 6-7 baris sahaja. Subhanallah…

Cuma yang sedikit menjadi permasalahan ketika ini, ialah saya masih kurang dapat berinteraksi bersama Tuan Syeikh kerana masalah kekangan masa dan ramainya anak murid beliau. Sedangkan, saya mempunyai banyak persoalan yang timbul selama mengikuti pengajian bersama beliau.

Pengalaman bersama Syeikh Fuad al-Maliki, insyaAllah akan dijadikan permulaan untuk saya mencari hakikat penciptaan diri. Terlampau banyak yang saya tidak tahu berbanding tahu, jadi tidak mudah untuk menukilkan madah di blog yang baru sahaja dibeli domian-nya.

Apapun, perkongsian pengalaman, akan saya  lakukan di blog ini, untuk diambil pengajaran, sekiranya ada.

Kesimpulan awal setakat ini, saya boleh katakan bahawa pengalaman rohani bersama Syeikh Fuad al-Maliki baru sahaja bermula. Ini belum termasuk pengalaman bersama sahabat-sahabat perjuangan yang lain.

Apapun, selagi masih hidup, insyaAllah, masa yang ada, moga penuh berkat untuk mencari ‘meaning of life’.

Culture shock bukanlah satu masalah, tapi adalah satu cabaran. Jika hendak dibandingkan dengan nikmat mengaji kitab bersama tok guru, ia lebih besar kesannya dan lebih mempengaruhi diri berbanding dengan culture shock yang memerlukan sedikit masa lagi untuk menyesuaikan diri.

Wallahu alam.

Bro. Aliff Basri

Ampang Jaya, Selangor.

Hari Ke-3 di Hijrah…
Hijrah Wealth Management.

Syarikat yang membuatkan saya betul-betul merasai nikmat ukhwah Islamiyyah di alam pekerjaan.

Alhamdulillah..

Masuk sahaja waktu Zuhur, abang-abang dan kakak-kakak yang bekerja menuju ke bilik air yang hanya ada dua. Untuk mengambil wudhuk.

Budaya di sini, solat fardhu Zuhur dan Asar ‘diwajibkan’ secara berjemaah. Kami hanya 3 orang sahaja lelaki. Yang lainnya perempuan. Jadi bergilir-gilirlah kami menjadi imam. Gembira dan bersyukur sangat, dikurniakan sebuah syarikat yang amat mengambil berat hal Islam.

Setakat 3 hari saya berada di sana, tidak pernah mendengar kata-kata nista yang terbit dari mulut para pekerja. Bukan hendak memuji lebih-lebih, tapi ini hakikat yang saya alami selama bekerja.

Semalam, seharian berada di luar pejabat. Membuat akaun baru di Public Bank (al-Wadiah Saving Accout) dan membantu menyelesaikan urusan pejabat. Sambil itu, hendak cam kan jalan sebab mungkin lepas ini, beberapa destinasi yang saya lalui semalam, akan menjadi destinasi rutin saya nanti.

Apapun, insyaALlah, pengalaman di pejabat ini moga dapat menjadi teladan pada semua.

Islamnya negara bermula dengan Islamnya individu. Jika kita tidak Islam(pengertian yang sebenar), maka susah untuk kita meng-islam-kan negara.

Wallahu alam.

BROTHER ALIFF BASRI

Ampang Jaya, Selangor

Diagnosis Permasalahan Ummah: Kebudayaan dan Pendidikan
Islam tenat.

Sektor politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, pendidikan, ketenteraan, dan pelbagai sektor dalam kehidupan Muslim, sedang mengalami fasa ‘tenat’. Kalau perkataan itu sesuai untuk diberikan.

Masalahnya sekarang, siapa yang sebenarnya tenat? Muslim atau Islam?

Politik: Dasar politik yang digariskan Islam adalah keadilan, kebenaran, amanah, kasih-sayang terhadap rakyat, tawadhuknya pemimpin, memahami Islam dengan sempurna, mengamalkan Islam dengan sempurna. Tapi realiti semasa, perkara itu tidak berlaku. Yang wujud adalah kes-kes rasuah, pecah amanah dan tidak sempurna pengamalan Islamnya. Timbul ke-pelik-kan dalam hal ini, mengapa rakyat memilih pemimpin yang sedemikian rupa pada masa kini?

Pendidikan: Falsafah pendidikan Islam menekankan aspek pembentukan individu. Pendidikan Islam bertujuan melahirkan insan kamil dengan menjadikan Rasulullah saw sebagai role-model. Tujuan pendidikan di dalam Islam juga adalah untuk melahirkan individu Muslim yang baik, bukannya melahirkan warganegara yang baik. Jika tujuan pendidikan untuk melahirkan warganegara yang baik, maka belum tentu ia akan menghasilkan individu yang baik.

Akan tetapi, jika tujuan pendidikan memberi fokus untuk menghasilkan individu yang baik, maka pastinya akan melahirkan warganegara yang baik. Tok Guru Syed Naquib al-Attas membincangkan panjang lenbar tentang perkara ini di dalammagnum opusnya, Risalah Untuk Kaum Muslimin.

Tetapi, realitinya, pada masa kini, pendidikan telah menjadi suatu barang dagangan semata-mata. Ilmu yang ditimba sejak kecil telah bertukar tujuan menjadi suatu medium untuk mencari pekerjaan yang baik, semata-mata. Universiti-universiti berlumba-lumba untuk menjadi medan terciptanya suatu hasil teknologi yang baru. Sedaya-upaya setiap universiti mahu mencapai top ranking in the world. Tidak langsung saya menafikan peranan-peranan yang telah disebutkan di atas, tetapi adakah ia merupakan tujuan asal pendidikan? Atau yang boleh kita muhasabah bersama, sejauh mana terbuktinya kewujudan IPTA sebagai institusi yang melahirkan Modal Insan? Atau sekadar robot semata-mata?

Begitu juga di alam persekolahan, realiti semasa, anak-anak muda remaja semakin memeperlihatkan ‘barat’-nya mereka. Budaya ‘gengsterisme’ semakin berleluasa, tindakan guru memukul dengan tujuan mendidik tidak dirasakan satu keputusan yang betul untuk dilaksanakan dan ruh mendidik dalam kalangan guru semakin berkurangan akibat kerja-kerja perkeranian yang terpaksa digalas. Ini semua mempengaruhi pembentukan generasi Malaysia 10-50 tahun akan datang.

Timbul ke-pelik-kan dalam hal ini, apa sebenarnya yang hendak dibentuk dalam pelaksanaan proses pendidikan dlam negara kita? Saya melihat kontradiksi antara Falsafah Pendidikan Negara dan realiti pelaksanaan proses kependidikan di negara kita.

Kebudayaan: Hasil atau cerminan Aqidah yang kukuh dan sahih. Merupakan terbitan dari kefahaman agama yang benar. Bezanya Islam dengan agama lain ialah Islam merupakan agama samawi yang praktikalnya membentuk satu kebudayaan yang autentik, tetapi selainnya, kebudayaan telah membentuk agama bagi sesuatu individu atau golongan.

Walau bagaimanapun, dunia maka-kini adalah Zaman Globalisasi. Zaman Dunia Tanpa Sempadan. Adalah dunia yang Indah khabar dari rupa. Perpindahan yang berlaku bukan sahaja dari aspek perdagangan, teknologi dan ilmu pengetahuan, malah ia turut melibatkan perpindahan dari sudut budaya.

Iaitu budaya kebebasan tanpa sempadan. Budaya yang meletakkan agama sebagai ‘koleksi-koleksi di perpustakaan’. Tidak relevennya ajaran agama menjadi alasan kepada segolongan masyarakat, hatta Muslim sekalipun, akibat perpindahan kebudayaan dari Barat. Ini adalah unsur negatif yang saya maksudkan. Yang positif kita ambil.

Akibat dari ‘transformasi’ budaya ini, maka ajaran Islam yang telah terbukti kegemilangan dan kebenarannya telah disamakan dengan ajaran Kristian, yang bersifat ‘bercelaru’, menindas, ortodoks, dan pelbagai lagi istilah negatif.

Situasi di atas ini wajar menjadi perhatian oleh setiap individu Muslim, terutamanya para generasi muda, untuk bermuhasabah tahap pencapaian setiap daripada kita, ke mana hala tuju hidup yang hendak kita dorongkan. Apa perubahan yang hendak kita sumbangkan pada agama, bangsa dan negara?

Bila direnung semula, ia tidak dapat lari dari satu titik. Titik perubahan.

Yang mesti bermula dari diri sendiri.

Teringat tagline yang pernah saya gunakan dalam blog: BERUBAH UNTUK MENGUBAH.

P/S: Akan datang, insyaAllah, kita diagnosis bersama permasalahan ummah yang sedang melanda dunia kita hari ini.

Wallahu ‘alam.

Kuliah Dr. Majid Irsan Kaylani di Dalam Bas Plusliner
Saya baru sahaja tiba di bumi Ampang. Lusa, insyaAllah, akan mula bekerja di sebuah syarikat, Hijrah Wealth Management Sdn. Bhd.

Sepanjang perjalanan bermula jam 1.00 petang tadi, cuaca sedikit redup dan kadang-kala hujan lebat. Seperti biasa, tempat duduk yang saya dapat adalah di bahagian belakang (individual seat).

Dengan adanya kemudahan Broadband ini, ingatkan bolehlah berkongsi cerita dari idea yang timbul sepanjang perjalanan, tapi sayang, ‘line’ tidak berapa jelas dan terputus-putus. Lalu masa yang ada, digunakan untuk menyambung pembacaan buku Kebangkitan Generasi Salahuddin dan Kembalinya al-Aqsa ke Pangkuan Islam. Makin resah jiwa bila merenung initipati yang disampaikan oleh Dr. Majid Irsan Kaylani. Kekacauan dan huru-hara yang berlaku ke atas umat Islam sekitar 400H-500H amat menakutkan dan ia sebenarnya telah memberi kesan yang maksima sehingga wujudnya sebuah gerakan islah yang besar pada ketika itu.

Antara tokoh yang di-highlight-kan di dalam usaha untuk melahirkan para pejuang Islam generasi Salahuddin pada ketika itu ialah Syeikh Abdul Qadir al-Jailani.

Merupakan seorang intelektual-sufi yang amat disegani serta mempunyai berpuluh-puluh ribu anak murid pada zamannya.

Pada hari ini, jika disebut sahaja Syeikh Abdul Qadir al-Jailani, maka aspek tasawufnya sahajalah yang menonjol, berbanding dengan aspek jihad yang beliau berjaya serapkan di dalam sanubari murid-muridnya. Melalui kewujudan Madrasah Qadiriyyah-lah lahirnya ramai generasi penggerak jihad yang bersama-sama Salahuddin al-Ayubi dalam usaha untuk menawan semula al-Aqsa menerusi Perang Salib.

Sifat seorang murobbi yang beliau miliki, membuatkan tarbiyyah yang diterima oleh anak-anak muridnya benar-benar memberi kesan di dalam kehidupan mereka. Kebijaksanaan beliau mengenalpasti tahap atau marhalah penerimaan ilmu anak-anak murid yang datang belajar, amat membantu usaha beliau untuk mengasah semangat jihad yang ada di dalam hati murid-murid beliau, terutamanya anak-anak murid beliau yang muda seperti Naja al-Wa’idz yang menjadi penasihat Salahuddin dalam bidang politik dan ketenteraan, al-Hafiz ar-Rawahi, yang berpindah ke negeri Syam sebagai ilmuan di sana, Muwaffiquddin (pengarang buku al-Mughni) menjadi salah seorang penasihat Salahuddin dan kerabatnya, dan ramai lagi penggerak revolusi jihad di zaman Salahuddin al-Ayubi.

Cara pendidikan beliau juga amat intensif, meliputi pelbagai bidang seperti, ilmu hadis, tafsir, nahu, Fiqh Hanbali, fiqhul khilaf, usul fiqh dan qiraat. Selain itu, Madrasah beliau juga menyediaakn latihan kepimpinan dan ketenteraan untuk melahirkan para tentera ALlah yang sempurna dari sudut rohani, jasmani dan juga intelek. Oleh itu, latihan seperti berdakwah, pidato, mengajar turut diberikan kepada anak-anak muridnya, bergantung kepada tahap pencapaian masing-masing.

Bila membaca kisah Syeikh Abdul Qadir al-Jailani, terasa alangkah bersyukurnya jika wujud Madrasah atau akademi sedemikian rupa pada hari ini. Umat Islam zaman kini memerlukan akademi pendidikan yang benar-benar dapat membawa umat menghayati Islam dengan sebenar-benarnya. Aspek rohani, tasawuf, intelek, semangat jihad dan adab-adab sesama mahklukNya diadun sebaik mungkin untuk melahirkan sebuah generasi yang dapat membawa kembali Islam sebagai sebuah agama yang benar-benar praktikal dan disegani kawan dan lawan.

Bila agaknya di bumi Malaysia ini akan wujud akademi sedemikian rupa…

Diagnosis Permasalahan Ummah: Anggota Tentera dan Timur Tengah
Masyarakat kian hanyut dengan permasalahan yang timbul akibat dari rosaknya cara berfikir disetiap golongan atau peringkat ahli masyarakat.

Timur Tengah

Suasana dunia masa kini memperlihatkan ketandusan kepimpinan yang mampu membawa semula ruh Izzatul Islam di mata dunia. Dunia di Pakistan kian meruncing tahap keselamatannya apabila Universiti Islam ANtarabangsa di Islamabad, berlakunya letupan ‘bom berani mati’ yang melibatkan kematian pelajar universiti. Di bumi Iran pula, beberapa hari lepas, berlaku letupan bom yang melibatkan kematian seramai 57 orang dan berpuluh-puluh lagi cedera.

Pada masa yang sama, negara Arab yang kaya-raya dilihat masih gagal memainkan peranan sebagai golongan kaya yang sepatutnya membantu saudara-mara yang sedang dalam kemiskinan. Kalau ada pun, ia masih tidak memberi impak yang besar. Jika ini berlaku, maka masalah pengurusan pengagihan kekayaan adalah punca kepada permasalahan ini.

Asia Tenggara

Malaysia khususnya, saya lihat mengalami masalah pengurusan kekayaan yang agak meruncing dan serius. Berlakunya defisit yang besar, seperti yang diungkapkan oleh Dato seri Najib Tun Razak, merupakan akibat daripada tadbir urus kerajaan yang tidak sempurna.

Hal ini adalah isu serius yang perlu diambil perhatian.

Saya ingin kaitkan isu perancangan untuk pengurusan kekayaan ini dengan apa yang sedang berlaku diperingkat akar umbi. Iaitu diperingkat ahli masyarakat biasa.

Sedih apabila mendengar situasi yang berlaku kepada segolongan ahli masyarakat, iaitu para anggota tentera, khususnya di tempat saya, Lumut. Mereka ini adalah golongan baris hadapan dalam proses untuk menjaga keselamatan negara.

Tetapi apabila wujud kepincangan dalaman yang melibatkan rohani dan intelek, bagaimana untuk berhadapan dengan musuh yang pada ketika ini, tidak hanya fokus kepada kehebatan material seperti kapal perang, kapal selam, jet pejuang yang canggih, peluru berpandu berkelajuan tinggi dan boleh pergi jauh, malah lebih dari itu, musuh-musuh sedang menyerang rohani dan intelek anggota tentera kita. Kedangkalan ilmu jiwa menjadikan mereka menjadi ego, tidak hormat insan lain, sindrom mengambil kesempatan di atas kesenangan orang lain, dan pelbagai lagi penyakit jiwa sedang mengerumuni anggota-anggota tentera kita pada masa ini.

Dari sudut pengurusan diri pula, saya melihat anggota-anggota ATM (Angkatan Tentera DIraja Malaysia) memerlukan pendedahan secara intentif tentang cara menguruskan kewangan mereka. Kesimpulan ringkas ini dibuat apabila mendengar banyak cerita berkenaan dengan mereka yang melibatkan penggunaan duit mereka ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya seperti melabur di skim cepat kaya yang sudah tentu menipu.

Juga membelanjakan wang ketempat-tempat yang kurang penting, seperti mengubahsuai kereta sehingga mampu menjadikan kereta Proton Wira kepada kereta “Sport”. Pembaziran ini adalah suatu yang terlarang dan ia amat merugikan bagi sesiapa yang terjebak dengan budaya pembaziran ini. Wang yang ada, adalah cukup sekiranya digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah mengikut keutamaan masing-masing.

Permasalahan di atas diharap mendapat perhatian serius bagi pihak-pihak berwajib untuk memainkan peranan. Potensi yang ada pada anggota-anggota tentera harus disalurkan sebaik mungkin kerana mereka adalah hero negara dan agama.

Jika tidak diatasi sebaik mungkin, ia bakal menimbulkan masalah sosial yang lain seperti kes kecurian, rompakan, penceraian, anak terbiar dan tidak terdidik serta banyak lagi permasalahan yang bakal timbul. Asas terbentuknya permasalahan di atas adalah pengurusan ekonomi yang tidak cekap, diperingkat individu itu sendiri.

Punca Permasalahan

Krisis-krisis yang berlaku, seperti yang diceritakan adalah berpunca daripada krisis ilmu pada diri setiap Muslim. Pembentukan ilmu Islam yang tidak sempurna melahirkan jiwa radikalisme yang sangat berbeza dengan jiwa para penggerak jihad. Pembentukan ilmu Islam yang tidak sempurna juga melahirkan umat Islam yang keliru tentang apa ilmu-ilmu yang perlu mereka pelajari dan kuasai, iaitu berkaitan dengan ilmu fardhu AIn dan ilmu Fardu Kifayah.

Keutamaan antara keduanya harus dikenal pasti pengkelasan ilmu-ilmu di dalamnya juga wajib diketahui agar perjalanan individu Muslim di bumi Allah tertegak atas dasar faham Islam yang menyeluruh, buat secara terpecah-pecah.

Jika dilihat kepada permasalahan di atas, terhakisnya semangat ukhwah dan terpesongnya faham jihad, menjadi akibat kepada kekeliruan ilmu.

Permasalahan kedua pula, iaitu ketidak-fahaman tentang ilmu-ilmu asas yang perlu dipelajari serta kesannya pada diri dan masyarakat merupakan sebab terjadinya pembaziran dari sudut kewangan dan kekayaan. Selain itu, dalam hal kejiwaan, konteks pembentukan aqidah yang sempurna mampu melahirkan anggota tentera yang mempunyai jiwa mukmin yang bersifat tawadhuk, ikhlas, tidak gila dunia dan sedar akan tanggungjawab mereka sebagai anggota jihad barisan hadapan.

Dianogsis ringkas diatas adalah permulaan kepada kita untuk memahami permasalahan umat yang sedang melanda.

Hasil keputusan ini penting untuk merangka strategi bagi mengekang dari berterusannya permasalahan yang sedang berlaku kepada ummah.

Reformasi atau perubahan atau tajdid terhadap ummah tidak berlaku secara singkat atau bergantung kepada kekuatan politik semata-mata, malah lebih dari itu adalah konsep ilmu atau penekanan aspek ta’dib yang perlu ditanam dalam jiwa ahli masyarakat disetiap peringkat, termasuk dalam kalangan kepimpinan negara.

Wallahu ‘alam.

ALIFF BASRI

Penting Berbahasa Arab
Pagi ini, bila melayari beberapa buah laman blog sahabat-sahabat yang tidak dikenali, hati rasa sayu saja. Blog yang saya layari pagi ini berkaitan dengan pengalaman mereka yang sedang belajar di Sudan, Mesir dan sahabat-sahabat di Malaysia juga. Mereka mempelajari ilmu pengajian Islam barangkali.

Kebanyakkannya berkisar tentang pengalaman mentelaah kitab-kitab para ulama’, mendengar syarahan atau ceramah atau majlis ilmu yang disampaikan oleh ulama’-ulama’ muktabar masa kini seperti Syeikh Ramadhan al-Butiy dan lain-lain.

Makin sayu dibuatnya bila mengenang kenangan selama 4 tahun di kampus. Beberapa ilmu asas, saya tidak berpeluang untuk mempelajarinya, salah satunya ilmu bahasa Arab.

Kelebihan sahabt-sahabat yang saya maksudkan di atas ialah kebolehan mereka membaca, mendengar, memahami dan juga menuturi bahasa syurga tersebut.

Jauh di sudut hati, rasa sedih kerena masih tidak berpeluang mempelajari bahasa Arab. Masa yang dipenuhi aktiviti gerakan tanpa peruntukan masa untuk mempelajari bahasa SYurga, amat merugikan.

APapun, pada saya masih belum terlambat. Baki umur yang ada, dalam masa dua tahun ini, saya merancang untuk persiapkan diri untuk fasih berbahasa Arab kerana ia ada kaitan dengan perancangan untuk pengembaraan  intelektual saya.

Insya-ALlah, minggu depan saya akan bermusafir ke Kuala Lumpur, kerana bekerja di kawasan Ampang. Andaian dan pemerhatian saya, di sekitar Kuala Lumpur ada menyediakan  peluang mempelajari apa yang saya perlukan untuk maslahah diri dan ummah. Dan bahasa Arab adalah salah satu daripadanya.

Semoga saya berpeluang untuk fasih membaca, memahami dan bertutur dalam bahasa Arab dalam masa 2 tahun dari sekarang.

Doakan ya…

Bahaya "Model Kekangan" Dalam Hidup Berjamaah
Dan semua ulama’ Hanbali pada saat itu menginginkan agar saya mahu meninggalkan pergaulan dengan ulama’-ulama’ mazhab lain. Ini bererti akan menghalang saya dari ilmu yang bermanfaat.” (Syeikh Abul Wafa Ali bin Uqail @ Ibnu Uqail)

Itulah serba sedikit catatan ringkas yang dilakukan oleh Ibnu Uqail semasa hidupnya. Beliau berada dalam keadan kefanatikan antara mazhab sehingga berlaku cerca-mencerca dalam kalangan mazhab sendiri. Apatah lagi diperingkat bawahan.

Niat baik seorang ulama’ berdialog dengan ulama’ mazhab lain dipandang serong dan dianggap sudah terkeluar dari kalangan mazhabnya!

Lalu perasaan benci-membenci berlaku dalam diri setiap umat Islam yang ada pada masa tersebut.

Bila direnung permasalahan umat Islam sejak dahulu lagi, memang wujud ciri-ciri sedemikian rupa. Hatta sehingga sekarang. Niat baik untuk menuntut ilmu daripada ilmuan dari ‘mazhab’ yang berlainan tidak direstui. Kerana dibimbangi sesat, merugikan, dan sebagainya. ‘Trust’ tidak wujud dalam diri sesama mukmin.

Dalam keadaan dunia Islam hari ini, memerlukan formula yang konkrit untuk menyelesaikan isu ummah. Kelapangan jiwa dan hati serta keikhlasan untuk mencari kebenaran harus subur dalam diri setiap ahli gerakan Islam. Sifat ini yang seharusnya diperkembangkan dalam jiwa setaip da’ie. Sebarang rasa prejudis atau prasangka negatif harus dibuang jauh-jauh.

Suatu perkara yang perlu kita sedar ialah potensi setiap manusia berbeza. Sangat berbeza. Jadi metode pentarbiyyahan juga berbeza. Ada yang perlukan guideline asas sampai jadi mantap, perlu disuap. Ada juga yang memerlukan asas dan sampai masanya, mereka ini akan melatih potensi diri untuk berfikir dan menyumbang. Tengok sahaja beberapa tokoh Ikhwanul Muslimin seperti Imam AL-Qaradhawi, ALmarhum Al-Ghazali dan lain-lain. Dan ada juga yang tidak ambil endah tentang pentarbiyyahan yang diterima. Akibatnya hanya sekerat jalan.

Adalah diharapkan, gerakan-gerakan Islam dapat mengesan potensi individu yag dimilki dan memberi peluang kepada mereka untuk mengasah potensi diri. Semua ini berlaku akibat persekitaran dan pengalaman. Gerakan Islam masa kini memerlukan maklumat untuk di analisis bagi menhasilkan ilmu yang berma’na buat diri dan umat Islam. Jika model kekangan digunakan, dibimbangi ia hanya akan melahirkan generasi yang penuh skeptik terhadap gerakan Islam sendiri.

Apapun, semuanya kembali kepada empunya diri dan tahap kematangan menilai sesuatu dipersekitarannya.

Hidayah Allah jua yang dipohon.

Wallahu ‘alam..